Tumpangkan nenek misteri waktu maghrib, wanita terkejut dapat tahu bayi dalam kandungan hilang

Sejak dari kecil lagi kita diajar untuk tidak keluar sewaktu maghrib tidak kiralah sepenting mana urusan tersebut.

Buat wanita ini dia tidak menyangka bahwa niatnya untuk menguruskan hal dengan keluar pada waktu maghrib akhirnya membawa padah.

Wanita berasal dari Indonesia itu mendakwa bayi yang dikandungnya hilang selepas dia menumpangkan seorang nenek yang tidak dikenali.

Menurut portal Okezone, video tersebut dimuat naik pengguna TikTok @zaitunmoramill.

Ibu bapanya sebelum ini sudah melarang dia keluar dari rumah ketika waktu maghrib memandangkan keadaannya berbadan dua.

“Namun, disebabkan ada perkara yang perlu diselesaikan, saya tetap keluar dari rumah pada waktu maghrib,” katanya.

Bagaimanapun ketika menaiki motosikal berseorang, dia ditahan seorang nenek yang dikatakan mahu menumpang.

Lebih mengerikan, nenek itu bertanya macam-macam soalan mengenai kehamilannya termasuk usia kandungan dan jantina bayi.

Wanita pada mulanya melayan nenek tersebut dengan menjawab segala persoalan namun warga emas itu mulai diam selepas diturunkan.

Malah tidak menjawab apabila wanita tersebut menyoal lokasi rumahnya.

Seminggu selepas kejadian, wanita berkenaan mula menyedari ada sesuatu yang berlaku dengan kandungannya dan segera berjumpa doktor.

Dia kemudian terkejut apabila diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya hilang secara tiba-tiba.

“Terkejut, sedih, seram. Perasaan saya bercampur-baur ketika diberitahu bahawa rahim saya menjadi kosong. Istilah perubatannya kalau tidak salah adalah ‘blighted ovum’,” ujarnya.

‘Blighted ovum’ atau kehamilan anembrionik adalah apabila telur yang disenyawakan berada di dalam lapisan rahim tetapi tidak membesar menjadi embrio.

Disebabkan insiden itu, wanita tersebut berkata, dia dimarahi suami dan keluarga yang menyalahkannya atas apa yang berlaku serta tindakannya mengingkari larangan mereka.

Kisah tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen yang meminta orang ramai untuk patuh larangan orang tua.

“Hamil atau tidak, sebaiknya waktu maghrib lebih baik duduk di rumah sahaja.

“Dengar mitos zaman dulu kalau ada tanya kandungan kita jangan bagi tahu detail berapa bulan, katanya itu hantu yang suka ambil bayi.

“Sama ada anda mahu percaya atau tidak, larangan orang tua-tua jangan dilanggar,” antara komen netizen.

baca juga: 10 jam rendam kaki dengan ais, pelajar nekad jadi ‘OKU’ demi RM6.15 Juta