Usia baru 33 tahun pemain piano sudah ada baki duit simpanan RM40 juta. “Saya tak sengaja”

Di usia 33 tahun pemaian piano dari Malaysia sudah mempunyai baki duit simpanan berjumlah RM40 juta, ia amat mengejutkan para pengikutnya.

Pemain piano terkenal Malaysia, Cathryn Li dilaporkan secara tidak sengaja telah mempamerkan duit simpanan lebih RM40 juta yang ada di dalam akaun bank miliknya.

Difahamkan dia hanya mahu berkongsi kejadian duitnya RM28 ditolak, tetapi secara tidak sengaja telah berkongsi lampiran baki bank akaun.

Melalui pendedahan tersebut, kebanyakan rakyat Malaysia terkejut apabila melihat ruang baki yang berjumlah RM40,360,535.25.

Tangkap layar itu tidak bertahan lama dan mula menjadi buah mulut netizen yang terkejut dengan kekayaan wanita berusia 33 tahun tersebut. Dia kemudiannya membuang hantaran tersebut.

Cathryn yang dilahirkan di Malaysia turut dikenali sebagai seorang pelakon dan model terkenal mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram. Sebelum terkenal, beliau pernah belajar bermain piano di Konservatori Muzik Birmingham.

Sebenarnya kejadian ini tidak mengejutkan kerana kebanyakan orang tahu bahawa Cathryn adalah orang yang berduit.

Dia pernah berkongsi bil makanan di Jepun yang berjumlah 4 juta yen atau bersamaan lebih RM100,000 pada tahun 2021. Selain itu, dia juga mempunyai banyak koleksi kereta mewah.

Baca juga: “Gempak Habis…”- Dua Pelajar Nyanyi Lagu Blackpink Dapat Pujian Ramai