Sebuah video yang menunjukkan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah mengamuk tular di laman sosial Tiktok.
Aisyah yang ketika itu sedang menjerit kepada para pekerja, rupa-rupanya hanya ingin memberi kejutan kepada salah seorang staff yang menyambut ulangtahun kelahirannya.
Video tersebut turut menunjukkan di akhir video semua pekerja turut bersama-sama menyambut kelahiran rakan sekerja mereka.
Nama Aisyah Hijanah semalam menjadi tular kerana telah ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berhubung dakwaan menyeleweng wang derma.
Turut sama ditahan ialah suaminya iaitu Alif Teega serta individu yang bertanggungjawab ke atas laman web yang terbabit.
Sumber turut mengatakan tahanan reman hanyalah kerana derma yang diberikan orang ramai tidak disalurkan dengan cara yang betul.
Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.
Baca juga: “Kakak galak suruh aku temankan abang ipar kat rumah, alasannya senang nak kejut dia tidur”