Tular di laman sosial video akhir program yang dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum meninggal dunia.
Beliau datang bersama dengan beberapa pengawal keselamatan dan kenderaan rasmi ke Townhall Konvokesyen UUM 2023 di Sintok, Kedah
Apa yang menarik perhatian adalah apabila beliau mengatakan ini semua adalah sementara sahaja di dunia.
“Saya tadi turun ada kereta rasmi, ada bodyguard, ada driver. Dan pada hari ini tak kurang juga ada tujuh pegawai khas. Sampai bila tu?”
Beliau mendakwa kehidupan yang mewah dan serba cukup sebagai Menteri ini hanya sementara sahaja dan akan ditarik bila-bila masa.
“Apa pun jawatan yang kita pegang hari ini, sedarlah ia hanya sementara”
Datuk Seri Salahuddin Ayub, 62 mengalami muntah muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar di Hospital Sultanah Bahiyah(HSB) pada malam Jumaat lepas.
Allahyarham yang telah selamat menjalani pembedahan berada dalam keadaan stabil sebelum ditidurkan dan dipantau.
Berita kematiannya dikongsi oleh anak beliau Fatihah Salahuddin menerusi akaun media sosialnya.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.
Baca juga: Mengejutkan! Lelaki ini tiba tiba balik ke rumahnya selepas dikebumikan 7 bulan lalu