Virus baru ditemui di China, lebih banyak serang petani

Selepas meletus penyebaran virus Covid-19 yang dikatakan berasal dari China, kini negara tersebeut berdepan dengan virus baru lagi. Virus Langya henipavirus atau LayV, ditemukan menerusi sistem pengesanan awal untuk individu demam yang mempunyai sejarah terkini dengan pendedahan terhadap haiwan.

Hampir 36 orang di China dijangkiti dengan virus baharu yang dikatakan berasal dari keluarga virus sama seperti Nipah dan Hendra, lapor Bloomberg.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada bukti bahawa patogen itu boleh berjangkit dari seorang individu kepada individu lain.

Pesakit yang sebahagian besarnya adalah petani turut melaporkan simptom seperti demam, batuk, hilang selera makan, dan sakit badan, malah ada juga yang mempunyai sel darah abnormal dan tanda kerosakkan buah pinggang dan hati, buat masa kini semuanya masih selamat.

Antara 35 pesakit itu, 25 daripada mereka dijangkiti dengan LayV, menurut laporan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England.

Tiada bukti bahawa mereka adalah kontak rapat atau mempunyai sejarah pendedahan sekali gus menunjukkan bahawa jangkitan kepada manusia adalah sporadik, menurut penyelidik.

Ujian mengesan virus itu dalam 27 peratus daripada cencorot, pembawa yang diketahui oleh henipavirus serupa, sekali gus menunjukkan mamalia itu mungkin adalah perumah semula jadi.

Bagaimanapun, kajian terperinci diperlukan untuk memahami jangkitan itu, menurut kumpulan penyelidik dari Beijing, Singapura dan Australia itu.

Jangkitan kuman dari haiwan kepada manusia dikenali sebagai zoonosis, adalah biasa, dengan ia lebih enam daripada 10 penyakit berjangkit yang menjangkiti manusia, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Baca Juga: Golongan LGBT bimbang disalahkan, sanggup beratur panjang untuk Vaksin Cacar Monyet

Baca Juga: Bahaya! Virus cacar monyet boleh menyebabkan zakar membengkak, dubur berdarah