Wanita anak pemungut sampah pegang gelaran Miss Universe Thailand

Wanita yang sebelum ini memegang gelaran ‘Miss Garbage’ kerana bapanya seorang pemungut sampah boleh tersenyum lebar setelah menang di pentas pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe Thailand.

Dilahirkan dalam keluarga yang susah, AnnaAnna Sueangam-iam, tidak pernah malu menjadi anak pemungut sampah di kota Bangkok, Thailand malah mengisi masa kecilnya dengan bermain mainan terbuang, lapor Thailand Nation.

Anna pada tahun 2018 pernah memenangi takhta Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua dalam Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020.

Namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana pekerjaan bapanya.

Walau bagaimanapun, Anna yang nekad ingin mengubah nasibnya itu telah menuntut ilmu bersungguh-sungguh sehingga berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang seni dari Universiti Kasetsart.

Anak jati Thailand, tidak ada kacukan

Dia bukanlah pilihan utama dalam undi awam dek kerana dirinya tidak ada kacukan seperti calon lain jadi dia merasakan kesukaran untuk memenangi takhta Miss Universe Thailand.

Walaupun mahkota tersebut didominasi model kacukan sejak 3 edisi terdahulu, Anna, seorang anak jati Thailand berjaya memenangi mahkota tersebut.

Dia juga memilih untuk menjawab soalan dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya, membuktikan bahawa fasih berbahasa Inggeris tidak memberi kelebihan.

Anna pada tahun 2018 pernah memenangi takhta Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020, namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.

Baca Juga: Wanita jumpa jodoh ketika raikan majlis penceraian sendiri

Baca Juga: Jalin hubungan tidak sah, seorang wanita diarah bayar RM2.5 juta kepada isteri kekasihnya