Wanita diraba di dalam bas, pemandu kedua bas ekspres ditahan

Wanita diraba di dalam bas, pemandu kedua bas ekspres ditahan. Kejadian itu berlaku ketika bas tersebut berhenti berehat di Ajil, Hulu Terengganu.

Menurut Berita Harian, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terhadap penumpang berusia 21 tahun itu.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang sedang tidur di dalam bas terbabit.

“Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka dan mangsa yang juga penuntut maktab perguruan di negeri ini mendakwa diraba oleh suspek ketika bas berhenti rehat di Ajil kira-kira 4 pagi.

“Sejurus menerima maklumat awal, kita terus menahan pemandu yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu sebaik bas itu tiba di Melaka Sentral,” katanya.

Beliau berkata, mangsa juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah jam 12 tengah hari dan suspek ditahan sementara sebelum kes terbabit diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh turut berkongsi kejadian itu menerusi video berdurasi 3 minit 41 saat yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Pagi tadi ketika bangun untuk solat Subuh, saya ada terima pesanan mesej daripada sahabat di Facebook berhubung kejadian yang menimpa rakannya yang dalam perjalanan pulang ke Melaka.

“Adik (mangsa) ini terlalu baik yang mana dia hendak menjerit pun takut dan dia hanya mampu menangis teresak-esak. Kemudian saya bersama beberapa rakan tunggu di Melaka Sentral untuk bantu selamatkan gadis ini,” katanya.

Katanya, beliau memandang serius isu gangguan seksual seumpama ini dan menasihati golongan wanita untuk tidak berdiam diri apabila berdepan situasi seperti itu.

Justeru, beliau mengharapkan mana-mana pelaku jenayah seksual dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman yang setimpal.

Jika terlalu takut atau panik ketika menghadapi situasi di atas, anda boleh beli Whistle Rape di Shopee mahupun Lazada. Ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan menarik perhatian orang ramai untuk datang membantu anda.

Baca Juga: Simptom Microsleep yang perlu anda tahu, jika ada berhenti dan rehat

Baca Juga: “You nak kejar masa, you keluar awal. Tidak perlu outrider”