Wanita ini menang loteri RM41.5 juta dengan modal hanya dua hinggit-‘Saya tak tahu nak buat apa dengan durian runtuh ini’

Wanita ini menang loteri RM41.5 juta dengan modal hanya dua hinggit membuatkan dirinnya terpinga-pinga sehingga tidak tahu nak buat apa dengan sejumlah duit itu.

Tular kisah seorang suri rumah berusia 54 tahun dari Sarawak yang menjadi jutawan selepas memenangi hadiah Supreme Toto 6/58 Jackpot sebanyak RM41.45 juta, pada tahun 2019.

Malah mereka yang selalu berjudi ini mungkin pernah menang besar sekali hingga menyebabkan mereka asyik membeli nombor ekor hingga menjadi ketagih.

Wanita itu hanya sedar menjadi pemenang selepas memeriksa tiket menggunakan mesin CheckWin di sebuah premis pada selepas beberapa hari keputusan diumumkan.

“Berita baik ini menyebabkan saya tidak dapat tidur beberapa hari selepas mengetahui bahawa saya pemenang Jackpot RM41.45 juta.

“Sebagai suri rumah, bermain permainan lotto adalah kegemaran saya kerana saya suka mencampur dan memadankan nombor.

“Walaupun hanya bertaruh sekali sekala apabila mengikuti suami membeli nombor,” katanya menerusi kenyataan Sport Toto Malaysia.

Wanita itu memberitahu set nombor yang membawa tuah kepada dirinya (1, 9, 12, 17, 28 dan; 38) merupakan gabungan beberapa nombor bertuah dan hari lahir ahli keluarganya.

“Saya masih tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan durian runtuh ini. Saya rasa saya akan berkongsinya dengan suami dan anak saya,” katanya lagi.

Wanita tersebut hanya membelanjakan RM2 pada tiket Supreme Toto 6/58 dan berjaya membawa pulang RM41,450,150.65.

Baca juga: Beberapa hari tak boleh sewakan bilik akibatnya pelanggan ini didenda RM1340-Dia buat apa sampai kena denda?