Wanita kena Covid dua kali dalam tempoh 20 hari. Pekerja penjagaan kesihatan Sepanyol itu diuji positif untuk Delta dan kemudian Omicron.
Wanita berusia 31 tahun itu mendapat dua jangkitan Covid dalam tempoh 20 hari, ini adalah penjarakkan paling singkat pernah berlaku kepada seseorang menurut penyelidik Sepanyol.
Ujian menunjukkan wanita tersebut dijangkiti dua varian yang berbeza. Dia mendapat Delta pada penghujung Disember dan kemudian Omicron pada bulan Januari.
Ini menunjukkan bahawa walaupun anda pernah menghidap Covid sebelum ini, anda masih boleh dijangkiti lagi walaupun telah divaksin sepenuhnya, kata para penyelidik.
Jangkitan semula di UK memerlukan 90 hari dia antara keputudan positif.
Berdasarkan definisi itu, pegawai kesihatan mengatakan hampir 900,000 orang berpotensi dijangkiti Covid dua kali sehingga awal April.
Pekerja Sepanyol itu tidak mengalami sebarang gejala selepas ujian PCR positif pertamanya, tetapi kurang daripada tiga minggu kemudian dia mengalami batuk dan demam yang mendorongnya untuk menjalani ujian lain.
Apabila ujian dianalisis lebih lanjut dilakukan, mereka mendapati pesakit telah dijangkiti oleh dua jenis coronavirus yang berbeza.
Dalam pembentangan di Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah, pengarang kajian Dr. Gemma Recio berkata kes itu menekankan bahawa Omicron boleh “mengelakkan imuniti sebelumnya yang diperoleh sama ada daripada jangkitan semula jadi dengan varian lain atau daripada vaksin”.
“Dalam erti kata lain, orang yang telah menghidap Covid-19 tidak boleh menganggap mereka dilindungi daripada jangkitan semula, walaupun mereka telah diberi vaksin sepenuhnya.
“Namun begitu, kedua-dua jangkitan sebelumnya dengan varian lain dan vaksinasi nampaknya melindungi sebahagian daripada simptom teruk dan kemasukan ke hospital pada mereka yang menghidap Omicron,” tambah Dr Recio, dari Institut Catala de Salut, Tarragona di Sepanyol.
Beliau berkata pemantauan jangkitan semula pada orang yang telah diberi vaksin sepenuhnya adalah penting, dan akan membantu pencarian varian yang mengelak vaksin.
Jangkitan semula Covid meningkat dengan mendadak pada Disember 2021 selepas varian Omicron yang lebih menular muncul, dan terdapat satu lagi peningkatan apabila versi yang sedikit berbeza daripadanya, dipanggil BA.2, muncul pada awal Mac.
Sebelum itu, 1% daripada semua kes yang direkodkan di UK dilabelkan sebagai jangkitan kedua – tetapi kini telah meningkat kepada 11%.
Kebanyakannya orang yamg dijangkiti oleh varian Alpha atau Delta boleh dijangkiti semula oleh Omicron.
Para saintis meramalkan bahawa akhirnya semua orang akan dijangkiti Covid dua kali, dan mungkin lebih banyak lagi sepanjang hayat mereka.
Baca Juga: Dipecat kerana serangan panik akibat kejutan hari jadi, lelaki dapat pampasan RM1.9 juta
Baca Juga: Warganet hairan, guru dapat RM7.3 juta dari mana selepas berputih mata ditipu Macau Scam