Wanita kongsi cara kawal anak daripada mengamuk. Pastinya ibu bapa ingin cuba mengawal ‘tantrum’ anak-anak terutamanya apabila melibatkan hal seperti barang mainan mahupun cuba untuk makan dengan tenang di luar.
Pengguna twitter Che Putih Osman, PHD (@drcheputeh), berkongsi tips yang diturunkan kepadanya tentang cara mengawal anak berusia 2 tahun.
1 Jangan turut kehendak anak
Apabila anak mengamuk nak sesuatu, terutama bawah 2 tahun, biarkan saja dia mengamuk selepas kita dah terang kenapa tak boleh. Jika kita menurut sahaja apa yang anak mahukan, mereka akan gunakan tantrum mereka sebagai satu perisai untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
“Anak saya ketika masih kecil, biasa saja mop lantai. Kita buat tak tahu saja, lama-lama dia tahu kita tak layan. Tetapi kalau sampai menganggu dengan berlari kacau orang lain, bawaklah anak keluar tempat lain. Jangan tunduk pada kehendaknya.
“Bila dia berusia 3 tahun ke atas, dia dah tahu. Tantrum tak akan memberikan benda yang dia nak”.
2 Bergilir atau bungkus makanan di kedai kalau mood anak tak elok
Ada anak-anak kecil memang struggle nak makan, ibu bapa perlu makan bergilir atau bungkus kalau mood anak-anak tak elok. Kadang anak buat perangai sebab letih dan lapar.
“Kalau kita duduk kawasan rumah kita bolehlah nak tapau kan? Kalau kita bermusafir? Sebagai orang luar, kita buat tak tahu saja. Takut ibu bapa rasa bersalah. Atau pergi tegur anak yang mengamuk itu sambil kejip mata dekat ibu ayah dia.
“Awat ni? Nak ikut mak cik ka?”, biasa terus dia diam sambung bersembang atau dia lari dekat mak dia.
Tips dekat atas tu untuk kanak-kanak normal saja. Anak-anak istimewa tak sama.
Apabila dah terbiasa tak perlu risau lagi bila pergi shopping mall yang ada jual mainan
“Anak saya selepas 3 tahu sudah boleh dikawal dan bawa berbincang. Kalau lalu kedai mainan pun, tak takut. Saya boleh memilih barang dengan aman,” jelasnya.
Memang susah masa umur 1-3 tahun itu. Cara mereka berkomunikasi dengan menangis dan meragam kerana mereka tahu mereka akan mendapat perhatian apabila melakukan hal tersebut.
Bertabahlah pada ibu bapa dengan anak-anak kecil. Kadang-kadang anak buat perangai pun kita boleh bergaduh suami isteri. Masa anak kecil ini dugaan untuk kita ibu bapa dan dugaan pada kita orang yang memerhati.
Baca Juga: Haram bersalaman dengan mahram
Baca Juga: Budak umur 6 tahun hafal semua nama Ultraman