Wanita kongsi sebab dobi layan diri bagi sabun percuma, jangan suka tambah sabun debu sendiri

  • Post author:

Wanita kongsi sebab dobi layan diri bagi sabun percuma, jangan suka tambah sabun debu sendiri. Dobi layan diri ini adalah untuk memudahkan semua namun jika tidak digunakan dengan betul akan menyebabkan masalah.

Menurut perkongsian Liyana Anaqi, tidak ada keperluan sebenarnya untuk meletakkan sabun debu di kedai dobi yang sudah sediakan sabun dan pelembut sendiri.

Sebab cara itu akan menyebabkan kesusahan kepada pengguna seterusnya. Beliau juga berkongsi alternatif yang boleh digunakan oleh pelanggan semasa mencuci di mesin dobi.

Ada sebab dobi layan diri bagi sabun percuma, kat kedai dobi selalu ada tulis, sabun dan pelembut kain (softener) percuma.

Orang yang tak faham akan letak juga sabun mereka walaupun sudah tertulis di kedai dobi untuk tidak memasukkan sabun serbuk ke dalam mesin basuh.

Tahukan anda kenapa dobi layan diri ini bagi sabun percuma?

Tak mahu letak sabun banyak

Setiap mesin ini ada muatan hadapan, ada mesin yang guna sabun low suds iaitu kurang buih, mesin ini menggunakan air yang sedikit berbanding mesin biasa.

Boleh sebabkan bilasan jadi tak bersih

Bila tambah sabun banyak, maka buih yang terhasil pun banyak. Air yang sedikit tidak mampu membilas kesemua sabun dan sabun debu yang tidak pecah sepenuhnya. 

Itu yang menyebabkan baju anda bila dah siap basuh, masih ada sabun terlekat di baju.Malah di mesin pun masih bersisa buih sabun untuk pelanggan seterusnya.

“Pernah je saya nak guna mesin tengok-tengok buih bertompok kat dalam. Kalau kat dalam mesin pun gini, baju dia macam mana laaa,”katanya.

Tolonglah berhenti tambah sabun ke mesin dobi yang dah bagi percuma sabun, Walaupun tak berbuih, pakaian tetap bersih. Mesin itu memang dicipta untuk kurangkan buih bukan sebab masalah teknikal.

Kalau rasa tak puas hati sebab buih tak banyak, boleh basuh di rumah dan keringkan baju di dobi. Jimat sikit kos untuk basuh baju.

Sekarang pula ramai menggunakan laundry pods, lagi senang digunakan terutamanya di dobi layan diri yang tiada sabun. Kuantiti cukup siap ada pelembut kain sekali. 

Baca Juga: Makan suplemen boleh jadi punca kerosakkan buah pinggang

Baca Juga: Netizen naik bingung tengok pemilik Myvi selamba ‘parking’ kereta dalam rumah jiran