Tular di Twitter dimana seorang wanita didakwa maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC, pada Isnin malam. Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan adalah seorang warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, berkata kejadian itu berlaku jam 9.38 malam lapor Astro Awani.
“Hasil siasatan awal si mati adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun.
“Semakan CCTV mendapati si mati berjalan seorang diri di aras empat (sebelum kejadian),” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.
Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn Bhd menerusi satu kenyataan ringkas malam ini turut mengesahkan kejadian itu.
“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” katanya.
Baca Juga: 3 anggota polis ditahan didakwa ‘ambil’ RM45,000 ketika buat serbuan
Baca Juga: Buang sampah merata-rata dalam stadium, mentaliti penyokong Kelantan FC jauh ke belakang