Wanita niat simpan baju sanding harga RM8,000, kecewa ditinggal kekasih tiga minggu sebelum majlis. Tular sebelum ini video mengenai seorang wanita yang fitting baju sandingnya walaupun majlis perkawinan telah dibatalkan.
Wanita dikenali sebagai Ami, 27 berkata video yang tular itu dirakam sendiri oleh pereka busana tersebut ketika dia berkunjung ke butik pengantin di Pasir Gudang, Johor.
Menurut mStar, Ami berkongsikan detik hitam yang berlaku kepadanya. Dia sepatutnya melansungkan perkahwinan pada 22 Mei namun dibatalkan oleh kekasih 3 minggu sebelum majlis berlansung.
“Sepatutnya saya berkahwin lepas raya seperti yang dibincangkan. Semua persiapan sudah siap, baju nikah dan sanding saya tempah pun dah siap.
“Tapi nak buat macam mana, bekas teman lelaki batalkan nikah tiga minggu sebelum majlis berlansung yang sepatutnya kami buat lepas raya Aidilfitri.”
Bekas teman lelaki ubah fikiran
“Dia datang jumpa saya dan tiba-tiba beritahu sudah tidak ada hati dan perasaan untuk teruskan semua ini bersama sedangkan semua persiapan sudah siap sepenuhnya.
“Masa dia nak batalkan majlis perkahwinan tersebut, tinggal dua hari sebelum hari jadi saya. Perasaan tu hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya.
Pernah kemalangan sebab terlalu sedih
Mengakui sukar untuk dirinya menerima kenyataan, wanita ini turun berat badan sebanyak 5 kilogram dalam masu dua minggu sahaja.
Malah wanita yang berasal dari Tanah Merah ini memberitahu pernah mengalami kemalangan jalan raya akibat terganggu emosi dengan isu yang berlaku.
Habiskan RM8,000 hanya untuk baju sanding
“Untuk baju sanding yang merupakan baju impian, saya tak akan prelove dan akan sebagai kenangan. Baju tersebut berharga lebih kurang RM8,000”.
Lebih menyedihkan, segala perbelanjaan diselesaikan sendiri olehnya, urusan pembatalan dan tempahan. Namun dia bersyukur kerana keluarga pihak lelaki membantunya untuk bayar baju nikah.
Ami mengaku terkilan apabila bekas teman lelakinya itu tidak mengendahkan Whatsapp untuk meminta bantuan menyelesaikan separuh daripada belanja yang seharusnya ditanggung bersama.
Di sebalik yang berlaku, Ami menasihati para pasangan di luar sana agar tidak mempermainkan hati pasangan mereka dan buat keputusan yang melulu sehingga menjatuhkan maruah pasangan anda.
Andai kata masih tidak bersedia, janganlah ajak kahwin kerana perkahwinan itu suci. Anda bukan hanya mahu menikah untuk sebulan dua tapi untuk selamanya. Bertanggungjawab bila anda melamar kekasih untuk dijadikan isteri.
Baca Juga: Netizen pertikai sekolah jemput ‘ikon pemotoran tak diiktiraf’ beri motivasi pada pelajar