Wanita patah tulang rusuk kena langgar dengan keretapi masa nak ‘berselfie’, ini respon KTM

Penunggang basikal wanita sikit lagi terputus nyawa selepas dilanggar oleh sebuah kereta api ketika nak berselfie pada kenderaan itu.

Menerusi video berdurasi 12 saat di media sosial, kelihatan wanita tersebut berdiri dekat dengan landasan kereta api kerana ingin berswafoto.

Pemandu keretaapi tersebut bertindak membunyikan hon namun tidak diendahkan oleh wanita tersebut.

Namun keinginannya itu bertukar tragedi selepas kepalanya tepat mengenai sebahagian daripada badan kereta api tersebut sebelum jatuh tersembam di atas tanah.

Media luar melaporkan kejadian itu berlaku pada April lalu dan video berkenaan tular semula ekoran insiden di Mexico.

https://www.facebook.com/kimmarie.nesbit/videos/471845455249421/?ref=embed_video&t=1

Pihak syarikat kereta api menegaskan dan menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati semasa berada di landasan kereta api supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Katanya dalam kenyataan, “Kami berharap orang ramai sentiasa berhati-hati jika berada di sekitar landasan kereta api dan tidak terlalu rapat dengan trek.

“Sentiasa mengamalkan jarak selamat di landasan kerana kereta api sentiasa memerlukan ruang yang lebih besar untuk melalui trek,”

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan luka di bahagian pahanya.

Baca: Tip untuk memandu redah banjir, jangan sama sekali buat 1 perkara ini kalau tak mahu ‘tersangkut’