Wanita puaka tabur tanah kubur jam 2 pagi, zaman moden masih percaya perkara khurafat

Wanita puaka tabur tanah kubur jam 2 pagi, zaman moden masih percaya perkara khurafat. Seorang wanita berkongsi detik mendebarkan dalam kehidupannya melalui video yang dimuat naik di laman TikTok.

Wanita tersebut menggeletar terkejut tengok perempuan tu tabur sesuatu depan rumah. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada jam 2.35 pagi.

โ€œKaki dan tangan aku menggeletar kerana terkejut. Ya Allah, semoga Kau lindungi aku, anak-anak dan suami daripada perbuatan keji manusia durjana ini,”katanya.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang wanita puaka dengan pakaian serba putih keluar dari sebuah kereta dengan aksi yang mencurigakan.

Apa yang menjadi tanda tanya di kalangan netizen melalui perkongsian video itu adalah benda yang ditaburkan oleh wanita tersebutย  di halaman rumah perakam terbabit.

@n.shzana

Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?๐Ÿ˜ข Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..ุฃูŽุนููˆู’ุฐู ุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุฌููŠู…ููู’ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฃูŽู„ู’ู‚ูŽูˆุงู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ููˆุณูŽู‰ ู…ูŽุง ุฌูุฆู’ุชูู… ุจูู‡ู ุงู„ุณู‘ูุญู’ุฑู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ูŽ ุณูŽูŠูุจู’ุทูู„ูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูุตู’ู„ูุญู ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ุงู„ู’ู…ููู’ุณูุฏููŠู†ูŽ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypใ‚ทใ‚šviral #fypdongggggggg

โ™ฌ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen mengatakan bahawa wanita โ€˜puakaโ€™ itu seperti menabur tanah kubur di halaman rumah perakam tersebut.

Bagaimana pun, terdapat netizen menegur tindakan perakam tersebut kerana hanya berdiam diri saja melihat perbuatan โ€˜anehโ€™ wanita tersebut di luar rumah.

Perakam tersebut mengaku panik ketika kejadian terjadi hingga tak mampu melakukan apa-apa termasuklah untuk memarahi wanita puaka itu.

Dah zaman moden ni, harap semua percaya rezeki tak pernah salah alamat, yang salah orang yang tabur pasir depan rumah. Percaya Allah dah bagi rezeki masing-masing jadi tak perlu minta tolong syaitan.

Baca Juga: Surah Al-Baqarah dijadikan lagu latar video transition, tiktoker dari Perancis dikecam

Baca Juga: Yakin dengan tenaga profesional Sapura, bukan Najib yang memiskinkan negara, susahkan rakyat

COMMENTS