Terlalu obses makan ‘carrot’, wanita ini terkejut kulit berubah jadi warna jingga

Kulit seorang wanita di China bertukar menjadi warna oren selepas dia makan hampir 500 gram lobak merah selama tiga bulan.

Bermula sejak bulan Julai yang lalu, wanita tersebut memakan sayuran rendah kalori dan tidak makan makanan biasa.

Dia juga mengatakan bahawa dia memakan sekitar 200 hingga 500 gram lobak merah setiap hari.

Sekitar cuti Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober yang lalu, dia terkejut melihat ke cermin ketika mendapati bahawa wajahnya telah berubah menjadi warna jingga.

Selepas berjumpa dengan doktor, dia diberitahu bahawa pengambilan lobak merah secara berlebihan adalah penyebab perubahan warna kulitnya.

Baca juga: Ada rumah harga RM114 juta, siap ada pantai peribadi lagi..Shah Rukh Khan mahu jalani kehidupan seperti ‘raja’ sebenar