Ramai daripada kita kadang tidak sedar ribuan ringgit yang hangus itu sebenarnya kalau bagi yang sudah berkahwin boleh beli susu dan pampers anak.
Wang kita adakalanya habis begitu saja untuk perkara yang kita tidak guna dan tidak perlukan pun hakikatnya.
Apa kata semak kembali apa yang selama ini membazirkan duit anda. Ada yang menyarankan agar tiga perkara ini perlu dibuang daripada hidup sebelum ia berterusan membuang duit anda.
Pengguna Facebook, Shahrir Ismail memberitahu, dia sudah 10 tahun lalu berpesan agar menjauhkan diri daripada Astro, Aeon kredit dan Coway atau Cuckoo.
“Saya pernah pesan sejak 10 tahun lalu ada 3 benda ini jangan ada dalam bil bulanan anda.
Ia membunuh solusi kewangan anda, ia takkan membuat anda berjimat-cermat, ia takkan memanfaatkan kehidupan anda.
Astro, anda tak akan ada masa sepenuhnya tonton.
Aeon credit, anda terpaksa bayar lebih pinjaman di atas belian barangan tersebut.
Coway/cuckoo, anda tak guna pun sepenuhnya. Elektrik sentiasa mengalir menyebabkan bil anda tinggi walau boleh jimat RM5-RM10 sebulan, kena bayar caj servis, kena beli filter.
Jangan biarkan kewangan anda terbeban.
Andaikan: Astro RM150, Aeon RM150 dan Coway RM150
Total loss : RM450 = Terbang dari duit gaji.
Yang berkahwin boleh beli pampers anak, susu anak.
Yang single boleh beli spare part kereta kalau rosak.
Anda fikir kalau setiap bulan dapat jimat RM450, setahun boleh jimat RM5,400.
Apa boleh buat dengan RM5,400? Kalau simpan diam-diam 10 tahun boleh jadi RM54,000.
Untuk Telco post paid pula, sekarang zaman orang call guna WhatsApp, Telegram, Messenger, seumpamanya guna data plan lebih jimat.
Call guna line kalau tak guna pun kena caj memanjang sebulan. Rugi bayar bil bulanan RM100-RM200.
Satu cara nak jimat bil TNB, bayarlah lump sum sekali 6 atau 12 bulan terus. Tak payah sakit kepala mengadap bil setiap bulan.
BACA JUGA Lelaki usia 22 tahun menang cabutan bertuah RM310,000! Minta duit dimasukkan dalam akaun bank makwe