‘Yang sebenarnya pembaziran utama ialah bayaran gaji menteri’ – Netizen bidas kenyataan Mahdazir

Netizen bidas semula kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengenai isu pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus dikatakan tidak dapat membantu kos sara hidup rakyat.

Menurut Harian Metro, beliau berkata isu ini memerlukan alternatif lain yang lebih efisien dan kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi krisis peningkatan harga barang sejak akhir-akhir ini.

“Sekarang ini ada pelbagai usaha dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang.

“Mereka ini duduk mesyuarat seminggu dua kali membincangkan hal berbangkit serta memberi jalan penyelesaian seperti diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak diapungkan, sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95,” katanya.

Netizen bidas semula kenyatan tersebut

“Tidak apa, anda makanlah sampai kenyang, kami rakyat perut kecil sahaja tapi kami tak biuta perut. Potong la gaji rakyat untuk membantu menteri semua. Kami tak kisah.

“Potong gaji menteri bukan untuk selesaikan keseluruhan kos sara hidup rakyat tetapi boleh juga membantu mereka yang miskin tegar. Kalau nak harapkan menteri bantu sendiri memang tak ada, kerja nak ambil duit rakyat adalah,” antara komen netizen

 

Harap tak jumpa Menteri bodoh PRU akan datang

Netizen berharap agar kabinet boleh mempertimbangkan menteri sebekum dilantik, kerana terlalu ramai yang hanya berfungsi semasa berkempen, namun bila dipilih lesap macam letak gula kapas dalam air.

“Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit negara. Bayar mahal-mahal tapi tak dapat apa hasil kecuali berpolitik saban hari.

“Betul, kalau tak boleh potong gaji, boleh buang terus menteri yang tak berguna.”

Menteri kalau bab potong gaji, laju je terus keluar depan muka TV untuk bagi kenyataan. Tapi bila ada masalah timbul di kawasan bertanding. Senyap sampai pilihan raya seterusnya.

Baca Juga: Air atau sukan yang penting? Netizen pertikai RM207 juta digunakan untuk bina Stadium di Pasir Puteh tapi isu air tak selesai

Baca Juga: Masuk kedai berkumpulan taktik beli lebih banyak minyak masak paket