Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati, ucap terima kasih pada yang menyokong. Sokongan yang diberikan rakan dan keluarga menjadi sumber kekuatan utamanya sepanjang kes berlansung.
Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja menerusi perbicaraan harini.
Menurut Harian Metro, Muhammad Yasin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Yasin berkata, keputusan ini adalah satu perkembangan positif bagi dirinya.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Zain Sulaiman luah rasa syukur walapun tak dapat sambut raya bersama
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes dihadapi Yasin ini.
“Saya harapkan rakan, teman akan terus mendoakan Yasin,” katanya.
Baca Juga: Tangkap suami curang di rumah mentua, mentua tak halang malah sibuk tonton TV
Baca Juga: Faizal Tahir dedah siapa Yasin Sulaiman sebenarnya…