Pelakon, Zul Ariffin, hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu klip video babak panas bersama seorang pelakon wanita yang dimuatnaik di laman Instagram baru-baru ini.
Beliau membuat permohonan maaf melalui hantaran di Ig yang dibuat sebentar tadi.
Menurut Zul, permohonan maaf itu dilakukan selepas menerima pelbagai reaksi ramai pihak mengenai adegan ‘panas’ yang dilakonkan bersama salah seorang pelakon wanita.
Terdahulu, pelakon, Zul Ariffin dikecam ramai apabila berani berkongsi satu babak teaser drama akan datang lakonan beliau bertajuk Perempuan Itu yang tidak mematuhi syariah agama dan disifatkan keterlaluan oleh rata-rata orang ramai.
Baru-baru ini, Zul telah tampil menjawab isu tersebut dengan memuat naik satu hantaran di Instagram story miliknya bagi memohon maaf atas isu aksi panas berkenaan.
Menurutnya, dia telah mengambil maklum di atas semua respons dari pelbagai pihak dan akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.
Dengan hati terbuka, saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
Advertisement
Tambahnya lagi, dia akan lebih meneliti untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.
Malah, pelakon filem Sangkar itu turut telah bertindak memadam video kontroversi berkenaan dari laman Instagram miliknya.