28 juta tonton pemakaman Ratu Elizabeth II

  • Post author:

Kira-kira 28 juta rakyat Britain menonton pengebumian Ratu Elizabeth II di rumah mereka.

Menurut BBC, ia sekali gus menjadi antara acara yang paling banyak ditonton dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Upacara penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu selepas 70 tahun menaiki takhta, telah diadakan kelmarin, di Westminster Abbey dan disiarkan ke seluruh dunia.

BBC berkata, majoriti penonton di Britain menonton di penyiar yang dibiayai kerajaan.

Katanya, 32.5 juta menonton liputannya pada satu ketika, dengan penonton keseluruhan memuncak pada 22.4 juta ketika keranda ratu dibawa dalam perarakan dari Westminster Abbey melalui pusat London.

Menurut BBC lagi, sebelum ini, upacara penutupan Sukan Olimpik London pada 2012 adalah acara terbesar ditonton, sama dengan pengebumian Puteri Diana pada 1997.

Ia termasuk mereka yang menonton di saluran seperti BBC One dan Two, serta perkhidmatan penstriman iPlayer.

Angka penonton dikira secara standard iaitu sekurang-kurangnya tontonan selama tiga minit berturut-turut.

Ia tidak termasuk orang di Britain yang menonton secara langsung pada peranti mudah alih mereka.

Baca Juga: Netizen kagum kecekapan pemandu bas, ‘power driver’ dia

Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang