Ada banyak terlibat, Zul Ariffin tak mahu panjangkan kes dan bayar denda RM30,000

  • Post author:

Tular sebelum ini klip video yang dimuat naik Zul Ariffin di akaun Instagram untuk mempromosi drama akan datang namun dikecam banyak pihak yang tidak senang dengan aksi yang dilakukan. Dia menyindir sesetengah pihak yang terlibat sebagai ‘malaikat’ apabila hanya dia berdepen pertuduhan tersebut.

Pertuduhan itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, mengaku bersalah di atas kesalahan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang pada Mac lalu.

“Yang lain yang terlibat semua malaikat, saya seorang sahaja yang bukan, jadi sayalah yang mengaku, tidak mengapa.

“Kita semua lakukan kesilapan, sekurang-kurangnya jadikan pengajaran kepada pelakon-pelakon di luar sana jika disuruh muat naik apa-apa tidak perlu lah akur sangat. Jadikan saya sebagai contoh,”katanya.

Mengakui kesalahan sendiri keranan memuat naik kandungan sedemikian, namun menasihatkan agar pelakon lain tidak terlalu akur dengan permintaan pihak tertentu kerana di akhirnya diri sendiri yang akan menanggung.

“Saya rasa lega. Saya tidak pernah masuk mahkamah namun alhamdulillah semuanya telah selesai. Alhamdulillah dengan pasukan, rakan yang hadir dan peguam-peguam beri nasihat juga sokongan. Saya sangant terharu.

“Pesanan saya, berhati-hatilah dengan godaan majikan dan sama ada drama tersebut tayang atau tidak tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya lah. Jangan tanya saya, saya sudah kena denda,” ujar beliau.

Baca Juga: Lebih 15 jam terapung di laut, nelayan ini akhirnya diselamatkan

Baca Juga: Padah muat naik klip video sumbang, pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000