“Aduh adik pandai makan ulam!” netizen terkesima tengok kanak-kanak ni makan lauk kampung

  • Post author:

Pada usia kanak-kanak, biasanya mereka ini lebih suka makan ayam goreng atau pun makanan segera yang lain.

Nuget, bebola ikan dan sosej juga antara makanan yang menjadi pilihan kanak-kanak pada zaman sekarang.

Namun, amat jarang sekali kita jumpa kanak-kanak yang menjadikan ‘lauk kampung’ sebagai makanan harian mereka.

Baru-baru ini tular satu video ‘menangkap’ perhatian netizen yang dikongsikan di TikTok oleh nitaagustina71.

Beliau memuat naik video anaknya yang sedang makan nasi berlaukkan telur dadar, labu siam rebus, tauhu goreng, petai goreng, ikan masin dan sambal.

Video itu mendapat perhatian ramai disebabkan cara kanak-kanak ini yang bersahaja sambil makan nasi sudah seperti orang dewasa.

 

“Ya Allah sedappp nyerr kamu makannn syggg, ape pun meja makan tuu.. paling win hehehehehe!”

“Aduh adik pandai makan ulam!

“Kalau anak aku mcm ni nanti senang dah nak ajak makan tgh2 malam kalau lapar,”

Rata-rata warga maya nampaknya kagum dengan ‘selera’ adik ini yang tidak memilih makanan, sekali gus disifatkan kanak-kanak itu boleh survive walaupun di mana berada.

Baca Juga: Selalu kena marah bila masuk dapur masa kecil, Yasmin Hani pilih kemas rumah daripada memasak

Baca Juga: PRU-15: Dr Dzulkefly ikrar terus menyantuni, membela rakyat di Kuala Selangor