Selepas lulus ujian memandu, seorang gadis di Britain menjadi mangsa kecaman warga maya disebabkan keretanya terbabas ke dalam sungai.
Video kemalangan kereta itu mendapat 2 juta tontonan di TikTok sebelum ia dipadamkan.
“Hanya kerana anda lulus ujian memandu dengan baik, ia tidak bermakna anda seorang pemandu yang hebat,” kata Leia Darnell, 18, kepada laman berita NeedToKnow.online.
Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api bersama teman lelakinya, gadis itu memandu pulang ke rumah dalam keadaan cuaca gelap dan hujan.
Kemalangan berlaku selepas kereta dipandu Darnell hilang kawalan ketika melepasi selekoh tajam dan menjunam ke dalam air.
“Kami tersasar ke tebing sungai, perkara yang saya ingat ketika itu adalah terdapat pokok di hadapan. Kami kemudian menjunam ke dalam air.
“Saya sangat terkejut dan takut sehingga tidak sedar teman lelaki saya menjerit bahawa kereta kami berada di dalam air,” katanya.
Mereka berjaya menendang pintu kereta dan berenang untuk menyelamatkan diri.
Leia kemudian menghubungi polis, yang memberitahu mereka bahawa situasi akan menjadi lebih berbahaya sekiranya kereta itu terbalik.
Leia bersyukur kerana masih hidup dan walaupun nyaris meninggal dunia, gadis itu masih memiliki keyakinan untuk terus memandu kereta.
Baca Juga: Nak lihat tangkal menjadi atau tidak, lelaki ditahan lepas bunuh rakan
Baca Juga: Lepas gaji penjawat awam, BKM Fasa 4 pun dapat sebelum mengundi