Alahai sedihnya, dua beradik ini maut digigit anjing

  • Post author:

Biasanya kita akan mendengar berita mengenai ‘ular makan tuan’ atau mematuk sehingga boleh menyebabkan maut.

Namun, kali ini lain pula ceritanya apabila dua ekor anjing telah menyerang dua beradik sehingga mati.

Kejadian malang itu berlaku di daerah Shelby, Tennessee melibatkan dua beradik berusia dua tahun dan lima bulan.

Mereka dilaporkan diserang dua ekor anjing peliharaan jenis Pit bull bernama Cheech dan Mia di kediamannya.

Kanak-kanak malang itu, Hollace Dean Bennard, lima bulan dan Lilly Jane Bennard, 2, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian tragis Rabu lalu itu, ibu mereka, Kirstie Jane Bennard, 30, turut cedera parah ketika cuba menyelamatkan dua anaknya itu.

Menurut ahli keluarga mangsa, Bennard kini masih masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal dengan beberapa jahitan selain kesan gigitan di seluruh badan, muka dan tangannya.

Kelsey Canfield, kawan baik Bennard, memberitahu saluran Fox News, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan kerana anjing-anjing itu tidak pernah bertindak ganas atau mencederakan sesiapa sebelum ini.

“Jika Bennard tahu tentang kelakuan ganas anjing itu pastinya dia tidak akan membenarkan haiwan itu berada berhampiran anak-anaknya,” katanya.

Kedua-dua anjing itu kini berada di bawah jagaan pusat kawalan haiwan.

Baca Juga: Ramai sebak tengok usaha ayah ini nak gembirakan anaknya

Baca Juga: Tanah runtuh Venezuela: 22 maut, 50 hilang