Amaran cuaca buruk di empat negeri – MetMalaysia

  • Post author:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, empat negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk itu adalah Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Negeri Sembilan membabitkan kawasan di Kuala Pilah dan Jempol; Johor di Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, manakala Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Limbang.

“Di Sabah ia membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” maklum kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.

Baca Juga: Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

Baca Juga: Polis Thailand edar gambar mangsa culik ke 19 balai polis