Anwar Ibrahim angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-10 jam 5 petang ini

  • Post author:

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara yang dijadualkan jam 5 petang ini.

Istana Negara menerusi satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Titahnya, hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan, tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara. 

Baca Juga: [VIDEO] Ular depan bonet kereta, wanita ini dipuji sebab…

Baca Juga: Ambil ubat kemurungan dan ubat tidur, Puteri Balqis hanya reviu produk sesuai dengan umur