Pada Pilihan Raya Umum ke – 15 dapat kita saksikan ramai artis yang bertanding untuk parti pilihan masing-masing. Bagi Mas Idayu, dia menepis dakwaan golongan selebriti yang menceburi arena politik adalah kerana sudah ‘sendu’ dalam bidang seni.
Bagi penyanyi dangdut ini, selera manusia sentiasa berubah dan inginkan peningkatan dalam kehidupan, sama seperti kitaran lagu. Kita pastinya tidak akan kekal dengan satu genre sahaja lapor Utusan.
“Bukan sebab sendu, tetapi apa yang dia mahukan dalam hidup. Sebagai manusia, kita sentiasa inginkan peningkatan dalam hidup dan tidak mahu berada pada takuk lama. Sama juga seperti kita dengar lagu, esok lusa kita mahu dengar lagu lain pula.
“Saya percaya mereka yang buat keputusan hendak menceburi politik ini sudah berfikir jauh dan tahu apa yang mereka lakukan,” katanya.
Mas Idayu juga menyeru kepada semua rakyat yang layak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 November ini kerana setiap undi sangat bermakna.
Penyanyi yang kini bergelar usahawan itu juga memaklumkan akan pulang mengundi di Kota Tinggi, Johor.
Baca Juga: Diva AA tarik diri, beri sokongan kepada parti PH
Baca Juga: ‘Tapau’ semua parti-Indentiti lelaki ini buat netizen keliru, ada yang kecam sambil gelak