Didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini, Amelia Henderson tetap teruskan perbicaraan dan akan keluarkan kenyataan mengenai isu terbabit pada 24 November ini.
Isu saman membabitkan pelakon, Amelia dan penerbit, A. Aida masih berjalan manakala Idris Khan memilih untuk menyelesaikan masalah ini di luar Mahkamah.
“Maaf saya tak boleh cerita lebih lanjut berkenaan kes saya ketika ini kerana tidak mahu menjejaskan kes. Tapi pada 24 November ini, saya akan memberi kenyataan dengan lebih jelas”.
Demikian kata pelakon Amelia Henderson selepas selesai prosiding perbicaraan hari kedua berhubung kes saman pelanggaran kontrak di Mahkamah Sesyen Sivil semalam.
Biarpun berdepan dengan perbicaraan, Amelia bersyukur dengan sokongan keluarga yang sanggup bersamanua di mahkamah sehingga lewat petang.
“Saya bersyukur kerana ahli keluarga tidak putus memberikan sokongan.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada barisan peguam, rakan-rakan media serta peminat yang sentiasa mengambil berat,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung lagi 24 November ini dengan Amelia selaku defendan akan memberi keterangannya.
Baca Juga: Memandu sambil makan, minum boleh kena denda di Australia
Baca Juga: Antara perkongsian kebaikan dan keburukan-Husam titipkan nasihat buat PU Syed