Buat keluarga miskin tegar, makanan bukalah satu-satunya masalah tetapi kekurangan wang juga boleh mengakibatkan wanita dalam kelompok miskin tegar tidak dapat membeli pad ketika haid.
Harga yang mahal untuk membeli pad mungkin menjadi penyebab mengapa wanita kurang pendapatan memilih untuk hamil kerana mereka tidak perlu memikirkan soal wang untuk beli pad.
Berikutan isu kemiskinan haid, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM200,000 sebagai inisiatif untuk kempen ini lapor Selangor Kini.
Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.
Antara fokus pengagihan tuala wanita ini akan tertumpu kepada wanita miskin tegar, di luar bandar dan miskin bandar.
Lebih menarik, pengagihan turut akan disediakan di sekolah untuk meringkan bebanan pelajar yang tidak memiliki bekalan tuala wanita.
Juwairiya berkata, beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.
“Manakala, New Zealand juga memperkenal akses percuma produk pembersihan kepada 3,200 pelajar perempuan di 15 sekolah dan Perancis memperuntuk 1 juta Euro memberi tuala wanita di sekolah.
“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada tahun mendatang dengan peruntukan lebih besar bagi menangani kemiskinan haid di Selangor,” katanya.
Baca Juga: Janji nak lari bogel kalau Anwar jadi PM, aktivis sosial media kini diburu orang ramai
Baca Juga: Anwar umum senarai Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, lantik dua Timbalan Perdana Menteri