Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada RM150 yang akan dibayar bermula Januari 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bantuan tersebut dinaikkan berbanding RM100 tahun ini, dan diberi kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
“Sebagai contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bantuan RM450.
“Peruntukan disediakan untuk BAP ini adalah sebanyak emberian bantuan ini membabitkan peruntukan RM825 juta, jauh melebihi tahun ini RM450 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Baca Juga: Subsidi telur ayam naik 8 sen, harga di pasaran kekal
Baca Juga: Runtuhan salji, pendaki Austria maut