Bergaya ala orang dewasa, kepintaran adik ini pakai selendang buat netizen kagum dengan kemahiran dimilikinya

  • Post author:

Zaman sekarang biasanya kita akan nampak orang yang membuat tutorial hijab di media sosial terdiri dalam kalangan remaja atau dewasa.

Tetapi, baru-baru ini lain pula yang dilihat netizen apabila seorang kanak-kanak menggayakan selendang pashmina sambil duduk di atas sebuah motosikal.

Gelagat bersahaja kanak-kanak itu membuatkan netizen ‘geram’ dengan kecomelan adik itu memakai selendang yang dilihat macam orang dewasa.

Dalam video tular berdurasi 33 saat itu, kanak-kanak yang dipercayai berasal dari Indonesia itu, dilihat menggayakan selendang itu dengan caranya tersendiri.

 

“MasyaAllah cantik nye, kejap je siap kalau acik buat 2 jam bru siap buat tudung,” komen seorang netizen.

Seorang lagi pengguna TikTok turut memuji kepandaian adik itu menggayakan selendang yang dipakainya.

“Pandai nye lilit kan tudung.. comel je,”

“Tu dia pandai nya awak..klo acik lilit2 tak jd acik campak je shawl tu terus sarung tudung sauk,” katanya.

Setakat ini, video yang dimuat naik akaun pengguna TikTok @rh itu berjaya meraih lebih daripada 9,800,000 tontonan, 622,500 tanda suka, dan 18,200 komen.

Baca Juga: Geram sangat sampai makan ketam mentah, teknik lelaki balas dendam untuk anak bawa padah

Baca Juga: Aksi tak senonoh dalam surau, rupa-rupanya adik beradik bergurau