Pilihan Raya Umum mungkin akan dilaksanakan pada bila-bila hingga menyebabkan banyak konsert terpaksa ditunda demi memberi laluan kepada PRU 15. Jamal mengakui kecewa apabila konsertnya di Perlis pada 29 Oktober terpaksa ditunda.
Datuk Jamal Abdillah sepatutnya mengadakan Konsert Canggung Jamal Abdillah di Dewan 2020, Kangar Perlis namun penganjur dalam kenyataan media memaklumkan konsert itu ditangguhkan sehingga Disember depan atau pertengahan Januari 2023.
Jamal akhirnya akur setelah mengetahui sebab konsertnya ditunda, namun berharap konsert berkenaan akan diteruskan apabila penganjur mendapat tarikh yang lebih sesuai.
“Memang menggusarkan, tetapi saya masih berharap konsert tersebut dapat dilaksanakan juga nanti.
“Saya kena ambil kira situasi semasa yang mana kita bakal berdepan pilihan raya, selain faktor cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada Utusan.
Mengulas tentang persiapan, Jamal memaklumkan, beliau dan artis undangan sudah mula membuat persediaan untuk persembahan tersebut.
“Saya sebenarnya sudah bersedia untuk menyanyi di konsert itu. Tambahan pula, saya merancang untuk berduet dengan lima penyanyi, termasuk Wany Hasrita, Khai Bahar, Amelina dan Aweera.
“Tumpuan dan fokus saya memang terhadap konsert tersebut. Memandangkan ia telah ditunda, saya terpaksa akur,” ujarnya.
Baca Juga: Ada orang ketiga, rumah tangga Krisdayanti pula bergoyah
Baca Juga: Wajah Bilal anak Neelofa ‘cute’ mula tular, peminat ambil foto curi di kaunter kerajaan