‘Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya’ – Abang Viva maklum isu sudah selesai

Tidak mahu keruhkan keadaan antara dirinya dan keluarga, Azwan Omar yang lebih dikenali sebagai abang Viva perjelas isu yang timbul  melibatkan keluarga sudah selesai setelah duduk semeja.

“Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.”

Menerusi hantaran di Facebook itu Azwan turut memohon maaf di atas masalah yang timbul dan berterima kasih kepada yang mendoakan. Dia juga berharapan tiada lagi kecaman dilemparkan kepada keluarganya.

“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.

“Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.

Dalam masa sama Azwan turut memohon agar kedua orang tuanya diberikan ruang dan sekaligus mengumumkan tarikh majlis persandingan yang akan diadakan nanti.

“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga harap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya. Insyaallah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.

“Maaf juga kepada pelanggan saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” katanya.

Baca Juga: Tahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni bolehlah naik bot berdua

Baca Juga: Betul ke gantung patung mainan ni ada maksud tersirat?-‘Bukan sekadar nak nampak comel ‘