Biarpun 11 tahun tregedi tsunami berlalu seorang lelaki ini tidak jemu menyelam setiap haru dengan harapan agar dapat jumpa mayat isterinya.
Isteri lelaki tersebut terkorban dalam tragedi tsunami yang dicetuskan gempa bumi berukuran 9 skala Richter pada 2011 di Tokyo Jepun.
Takamatsu pada awalnya telah mengambil kursus menyelam skuba pada 2013 kerana ‘amat terdesak’ untuk mencari mayat isterinya Yoko selepas wanita itu dilaporkan hilang di Onagawa, iaitu satu daripada kawasan paling teruk terjejas akibat bencana tersebut.
Selepas melakukan pencarian di daratan selama dua setengah tahun, lelaki berusia 56 tahun itu mula mencari di lautan dengan menyelam.
Tragedi yang berlaku pada 11 Mac 2011 itu menyaksikan hampir setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan hampir 20,000 terkorban, selain lebih 2,500 yang lain hilang.
Takamatsu berikrar untuk terus mencari mayat isterinya, sama ada di darat mahu pun di lautan sehingga ditemukan.
Jelasnya, dia hanya menemukan telefon bimbit isterinya di kawasan letak kenderaan sebuah bank, iaitu tempat Yuko bekerja beberapa bulan selepas tragedi itu.
Sejak itu, Takamatsu tidak pernah menemukan apa-apa lagi berkaitan isterinya.
Lelaki itu juga mengakui dia berasa ‘tertekan’ dalam mencari mayat isterinya.
Menerusi mesej terakhir yang dihantar kepada suaminya, Yuko menulis ‘Adakah awak okey? Saya ingin pulang ke rumah’.
Ketika telefonnya ditemukan beberapa bulan selepas tragedi itu, Takamatsua dapat membaca mesej yang tidak sempat dihantar oleh isterinya yang berbunyi ‘tsunami itu amat menakutkan’.
Sementara itu, Takamatsu menyedari peluang untuk menemukan mayat isterinya amat tipis dan mungkin mustahil memandangkan lautan amat luas, namun, dia enggan berputus asa serta meneruskan niatnya sehingga ‘berpuas hati.
Baca juga:
Jatuh cinta kali pertama, lelaki umur 78 tahun nikahi wanita muda 60 tahun
Baca juga: