Berita sedih menyelebungi industri hiburan tanah air apabila pelakon dan penulis lirik terkemuka, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 58 tahun.
Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Sebelum ini media tempatan melaporkan, Allahyarham bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Allahyarham juga merupakan penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan kumpulan rock terkemuka, Search.
Baca Juga: KPDNHEP sedia bantu banteras jualan telur penyu dalam talian
Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang