Bola gol ‘tangan tuhan’ Maradona dilelong RM10.83 juta!

  • Post author:

Meskipun sudah 34 tahun berlalu, namun aksi legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona melompat tinggi sambil menolak masuk bola menggunakan tangan sentiasa diingati.

Aksi itu tetap diingati, tetapi kini bola yang ‘disentuh’ Maradona itu dijual dengan nilai RM10.83 juta (2 juta pound).

Pengadil, Ali Bin Nasser memutuskan untuk menjual bola yang disimpannya sejak England tewas 2-1 di suku akhir pada Piala Dunia Mexico 1986.

Baru-baru ini, pengadil itu menerima kritikan kerana menjana wang daripada keputusannya itu untuk mendapatkan kekayaan.

Namun ketika ditanya, dia berkata: “Saya tetap akan menjualnya. Saya tidak kisah mengenai apa yang kamu fikirkan.”

Maradona yang berusia 60 tahun pada 2020, sering berkata, dia menjaringkan gol berkenaan dengan ‘sedikit tandukan Maradona, sedikit sentuhan tangan tuhan’.

Dia juga meledak ‘jaringan terbaik abad’ pada perlawanan itu, dengan melepasi lima pemain England dan penjaga gol, Peter Shilton.

Nasser, 78, sebelum itu menegaskan pandangannya mengenai jaringan berkenaan yang terhalang dan dia mengikuti peraturan FIFA dengan melakukan semakan ke atas penjaga garisan sebelum membuat keputusan.

Baca Juga: VIDEO] Wartawan ni kena kacau gajah masa buat liputan, apa kesudahannya?

Baca Juga: Rakyat Malaysia juara rancangan memasak UK