Bukan biasa-biasa, kereta dan vespa dijadikan mas kahwin

  • Post author:

Wah! Ini memang di luar kebiasaan! Seorang pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebuah kereta dan motosikal jenis vespa dalam satu majlis pernikahan di wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video yang dikongsikan, rombongan pengantin lelaki dilihat tiba di rumah pengantin perempuan sambil membawa kereta jenis Toyota Raize dan vespa Primavera.

Menurut portal berita Wolipop, kedua-dua kenderaan itu dikatakan berharga sekitar 230 juta rupiah (RM68,781) dan 50 juta rupiah (RM14,952) setiap satu.

Jurusolek yang memuat naik video berkenaan, Fitrilia Arum Laras Shinta berkata, majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada 10 November lalu di Pati, Jawa Tengah.

“Penduduk Pati kebiasaannya menyerahkan mas kahwin berupa kenderaan,” katanya.

Baca Juga: 8 biji kek untuk sambutan hari lahir kelapan, netizen tertanya-tanya hantaran Aaisyah nanti berapa

Baca Juga: Mengagumkan! Remaja ini hanya selera makan roti croissant selama lebih 10 tahun