Bukan sekadar kucing, ‘Soleh’ turut mendapat kad pekerja dan dilantik sebagai penjawat awam!

  • Post author:

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Baru-baru ini, seekor kucing ‘dilantik’ sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.

Apa yang menarik, haiwan digelar Soleh itu turut diberikan ‘kad pekerja’.

Perkara itu diberitahu menerusi ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat Jenderal (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan.

Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.

Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai ‘kakitangan’ di pejabat berkenaan.

Antara ‘tugas’ diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.

“Soleh sering dilihat melakukan ‘tugasnya’ di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang  adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai ‘pelatih ahli meow’,” tulis ciapan itu secara berseloroh.

Baca Juga: Malang tak berbau, wanita ini maut selepas jatuh tebing setinggi 300 meter

Baca Juga: [VIDEO] Buat aksi ‘superman’ atas motor, makcik ini bukan biasa-biasa