Selapar manapun seorang manusia, dia tak akan tergamak untuk bunuh dan makan kucing yang sedang bunting apatah lagi kalau kucing itu adalah peliharaan sendiri. Namun bagi lelaki di Bengkulu ini dia sanggup makan kucing hanya kerana terlalu lapar.
Suspek yang berusia 26 tahun itu mengaku kucing yang dimakannya itu adalah haiwan kesayangannya yang dibela sejak tiga tahun lalu lapor Tribunnews.
“Itu bukan kucing orang lain, tetapi kucing peribadi yang merupakan peliharaan saya.
“Saya terpaksa sebab lapar dan malam itu makanan yang tinggal sudah basi,” katanya dalam video Instagram.
Tindakannya itu dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan dan dikecam oleh penduduk di Kabupaten Bengkulu Utara yang lebih simpati terhadap nasib malang menimpa kucing betina tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Utara, Andy Pramudya Wardana berkata, kejadian berlaku ketika kucing berwarna putih dengan tompok hitam dan coklat itu melompat ke arah pemiliknya yang sedang tidur.
“Suspek kemudian menangkap dan membawa kucing itu ke bilik air sebelum menyembelihnya.
“Malah, dia turut merakam aksi membunuh haiwan itu sebelum dimuat naik dalam Facebook dan Instagram sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyrakat,” katanya.
Menurut Andy, suspek berdepan hukuman penjara sembilan bulan kerana melakukan kekerasan terhadap haiwan.
Tergamak ya manusia sekarang makan kucing, apatah lagi yang dibela sendiri dengan penuh kasih sayang. Pastinya masih banyak makanan di rumah, tidak faham kenapa kucing yang menjadi mangsa.
Baca Juga: Bakal warisi estet diraja dengan nilai RM5.2 bilion, Putera William akan jadi lebih kaya
Baca Juga: ‘Belasah kepala korang’ tu tujuan ‘mencuci’ otak, bukan kurang ajar-Rosyam pertahan kenyataannya