Cemburu bekas pasangan ada teman lelaki baru, lelaki sanggup suap anak yogurt beracun

  • Post author:

Seorang lelaki sanggup menipu bekas pasangannya dengan alasan mahu membelikan kasut baru untuk anak ternyata dia sebenarnya merancang mahu membunuk anak-anak sebelum membunuh diri gara-gara cemburu bekas pasangan bertemu kekasih baru.

Lelaki dari Bolivia ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya dengan memberi mereka makan yogurt beracun, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut penyiasat kes, Rojano memberitahu bahawa motif pembunuhan adalah cemburu kerana bekas isterinya telah menemui kekasih baharu selepas perpisahan mereka.

“Si bapa memberi racun serangga kepada kedua-dua mangsa selepas cemburu kerana bekas pasangannya mempunyai hubungan dengan orang lain,” kata polis.

Dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah di bandar La Paz, Javier Hernandez Rojano, 37, dikatakan memberitahu bekas isterinya bahawa dia mahu membawa dua anak mereka yang berusia tujuh dan empat tahun membeli kasut baharu.

Tetapi itu semua hanyalah helah apabila dia sebenarnya membawa kedua-dua mangsa pulang ke kediamannya dan meletakkan racun serangga ke dalam yogurt sebelum menyuap kanak-kanak berkenaan.

Cubaan bunuh diri gagal sebab tak tahan sakit

Tertuduh selain itu turut cuba membunuh diri dengan memakan yogurt beracun berkenaan sebelum mengalami simptom kekejangan perut yang teruk.

Namun disebabkan sakit yang melampau, tertuduh buat keputusan untuk serah diri ke balai polis dan mengaku membunuh dua anak selepas diberi bantuan perubatan.

Dia menghabiskan beberapa minggu dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dibenarkan keluar dari hospital serta sempat memohon maaf kepada ahli keluarga kerana tergamak membunuh anak-anaknya.

Baca Juga: Khusyuk baca berita sampai tak sedar tertelan lalat undang gelak tawa

Baca Juga: Bubur ulat hijau berlendir dan pepijat untuk murid sekolah atasi kebuluran di Zimbabwe