Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla, memaklumkan dia disahkan dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua.
“Saya berasa sihat dan bebas simptom,” kata Bourla menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.
Bourla, 60, pada Ogos lalu dijangkiti virus berkenaan dan mendapatkan rawatan antiviral COVID-19 syarikat terbabit, Paxlovid.
Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti pesakit yang lebih tua.
Bourla menerima empat dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Pfizer dan kongsi Jermannya, BioNTech.
Menurut Bourla, beliau masih belum lagi mengambil dos penggalak bivalen baharu.
Dibangunkan Moderna dan pasukan Pfizer dan BioNTech, dos bivalen baharu itu bertujuan menangani subvarian BA.5 dan BA.4 yang masing-masing membentuk 84.8 peratus dan 1.8 peratus daripada semua varian yang menular di Amerika Syarikat berdasarkan data terkini.
“Saya belum mendapat penggalak bivalen baharu kerana saya mengikuti garisan panduan CDC untuk menunggu tiga bulan sejak dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua,” katanya lagi.
Baca Juga: Covid-19 mutasi lagi, jadi lebih kebal terhadap imunisasi
Baca Juga: Suka makan ikan bakar, banyak makan sayur direbus – Ini gaya pemakanan lelaki tertua di Malaysia