Cuba pecah rekod menyelam paling dalam, lelaki pengsan dalam laut

  • Post author:

Banyak risiko apabila menyelam dalam lautan namun buat penyelam bebas dari Sepanyol ini sanggup menyahut cabaran tersebut. Sayangnya hampir 1.8 meter lagi untuk pecah rekod, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Namun Miguel Lozano berjaya diselamatkan selepas pengsan ketika menyelam pada kedalaman 125 meter di bawah paras laut, lapor akhbar Daily Mail Jumaat lalu.

Lozano dikatakan cuba memecahkan rekod dunia untuk kategori selam bebas paling dalam sebelum menemui kegagalan. Dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan mula hanyut jauh ke dalam laut di suatu lokasi di Kepulauan Caribbean.

Risiko dalam laut adalah tinggi apatah lagi dia membuat keputusan untuk tidak menggunakan tangki udara dan cuba melakukan percubaan itu dengan menahan nafas.

Dibantu lima penyelam

Dapat dilihat dalam rakaman tersebut, lima penyelamat berenang ke arah Loranzo untuk menolaknya ke permukaan air. Badan penyelam tersebut ditarik penyelam lain sambil mulutnya ditutup untuk menghalang Loranzo daripada terus menelan air.

Selebihnya, ada yang membantu mengekalkan posisi badan untuk sentiasa menegak sambil dibantu pihak ketika manakala lagi dua penyelamat menolak Loranzo ke permukaan.

“Kami selalunya cuba menyembunyikan kemalangan yang berlaku untuk mengelak memberi imej buruk terhadap aktiviti selam bebas dan mendekatkannya kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada pasukan sekolah Roatan Freediving yang mempamerkan persembahan cemerlang dan mental untuk membolehkan saya menghadapi percubaan rekod dunia ini,” kata Lozano.

Baca Juga: Selepas dua bulan rusuhan besar di Iran, kematian Mahsa ‘dibayar’ dengan pemansuhan polis moral

Baca Juga: Kenali ratu kegelapan yang diiktiraf dunia peragaan, berjaya pikat hati masyarakat dunia