DDNK ‘tak hensem takpa janji kaya’ digantung lesen selama 6 bulan

Datuk Nazri Khan Adam Khan sebelum ini tular apabila mengeluarkan ayat ‘tak hensem takpa janji kaya’ dan kemudiannya perkahwinan dengan isteri baru yang dikatakan manja menjadi bahan gurauan orang ramai.

Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) itu telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2022.

Menurut pihak pengurusan IPAM, ketika ini, ia sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana lapor Harian Metro.

IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.

“Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.

“Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca Juga: Beri laluan kepada PRU 15, Jamal kecewa konsert ditunda

Baca Juga: Hari buang undi bukan musim cuti sekolah – Menteri harap SPR pilih Sabtu