Diva AA tarik diri, beri sokongan kepada parti PH

Pakaian Harapan dianggap parti konsisten buat pengacara Azwan Ali sehingga dia bertindak menarik diri pada saat akhir bagi memberi sokongan kepada parti PH.

Azwan, 56 adalah calon yang terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu,namun tidak menyerahkan borang penamaan calon lapor Harian Metro.

Pusat penamaan calon akan ditutup pada jam 10 pagi sebelum pengumuman pengesahan calon dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Azwan berkata, pendiriannya tegas supaya masyarakat boleh menilai pemimpin yang bertanding.

“Ya saya akan memberi sokongan kepada PH, PH adalah parti konsisten, jadi rakyat Malaysia undilah parti yang boleh bawa kita ke arah baharu,” katanya.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang mengumumkan akan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Azwan ketika ditemui berkata, beliau berhasrat untuk terus menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali di mana sahaja dia bertanding.

Baca Juga: Bapa dua anak mati dipanah jiran kerana bising

Baca Juga: Bolehkah Anwar Ibrahim atasi isu ekonomi rakyat?