Dua beradik dari Denmark kumpul kad pokemon lebih 32,000 keping

  • Post author:

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa sama memenuhi kepuasan untuk diri sendiri. 

Begitu juga dengan dua adik-beradik lelaki dari Denmark yang mencipta rekod dunia Guinness apabila berjaya mengumpulkan koleksi lebih 32,000 kad Pokemon baru-baru ini.

Jens Ishoy Prehn dan Per Ishoy Nielsen memberitahu Guinness World Records,  mereka telah mengumpulkan kad permainan popular untuk seluruh kehidupan dewasa mereka.

Koleksi mereka kini berjumlah 32,809 kad Pokemon yang berbeza.

Pokemon ialah siri permainan video yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh syarikat Nintendo berdasarkan siri anime televisyen popular di kebanyakan negara di dunia.

Adik-beradik itu berkata, mereka telah membelanjakan wang yang banyak untuk membeli kad selama bertahun-tahun walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa.

Mereka berkata, kad mereka yang paling berharga iaitu Charizard edisi pertama bernilai kira-kira AS$20,000 (RM91,460) dalam pasaran semasa.

Baca Juga: BN tangguh menghadap Agong, kekal tak mahu sokong mana-mana parti untuk bentuk kerajaan

Baca Juga: Anak tertua walaupun baru lahir, pasangan kembar lahir daripada embrio beku berusia 30 tahun