Duduk dalam kegelapan selepas dibadai Taufan Ian, Florida hilang bekalan eletrik

  • Post author:

Taufan Ian membawa angin kencang berkelajuan maksimum 240 kilometer sejam ketika ia membadai Florida hingga menyebabkan lebih dua juta penduduk terpaksa duduk dalam kegelapan selepas terputus bekalan eletrik.

Pekan Punta Gorda di utara Fort Myers berada dalam kegelapan hampir sepenuhnya selepas ribut yang membawa angin kencang menjejaskan tiang elektrik, malah terdapat pokok yang tumbang dan atap bumbung rumah penduduk tercabut satu persatu di kawasan tersebut.

Menurut Pusat Taufan Nasional (NHC), taufan yang disifatkan sebagai ‘amat berbahaya’ itu mula melanda Pulau Cayo Costa di barat bandar Fort Myers, kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan).

Rakaman televisyen dari bandar pesisir pantai Naples menunjukkan banjir menenggelamkan rumah berhampiran pantai dan jalan raya serta menghanyutkan kenderaan. Malah kejiranan di Fort Myers dengan lebih 80,000 penduduk hampir kelihatan seperti tasik.

Taufan Ian dijangka menjejaskan jutaan penduduk di seluruh Florida dan di negeri Georgia dan Carolina Selatan. Malah, para peramal cuaca memberi amaran taufan itu boleh mencetuskan ‘malapetaka yang berlaku sekali dalam satu generasi’. – AFP

Baca Juga: Naik Ojol setiap Selasa, inisiatif kurangkan masalah parkir

Baca Juga: Tidak tahu apa motif, lelaki melintas jalan dan pura-pura dilanggar