Entah macam mana kepala boleh sangkut celah hiasan batu, nasib bomba boleh selamatkan

Agak kreatif permainan kanak-kanak sekarang sehingga boleh memuatkan kepala sendiri di celah batu hiasan balkoni di rumah. Tapi biasalah masuk pandai, bila nak keluar terus sangkut, dah kena panggil bomba.

Kanak-kanak yang baru berusia empat tahun tersebut berjaya diselamatkan anggota bomba di Taman Samudera di, Manjung, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.33 pagi lapor Harian Metro.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk bantuan lanjut dan setibanya di lokasi mendapati kepala kanak-kanak lelaki tersepit di celah batu balkoni rumah.

“Anggota kemudiannya mengeluarkan kepala mangsa tanpa menggunakan sebarang peralatan khas sehingga berjaya,” katanya.Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.52 pagi.

Baca Juga: Ular masuk ke bahagian enjin kereta, netizen sifatkan misi keluarkan ular macam main tarik tali

Baca Juga: Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat ‘marketing’-“Jika tidak insaf saya doakan perniagaan lingkup”