Gara-gara empat cincin ‘sangkut’ di jari, pesakit ini dibantu anggota bomba

  • Post author:

Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila empat bentuk cincin pada jari tangan kiri yang dipakainya, tidak boleh ditanggalkan.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dihantar ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) iaitu lokasi berlakunya kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.49 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki berusia 48 tahun menahan kesakitan apabila terdapat empat bentuk cincin pada jari tangan kiri yang dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

“Anggota bomba kemudian memotong kesemua cincin itu menggunakan peralatan khas sehingga selesai,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dalam pada itu, Mohamadul turut memaklumkan operasi berkenaan tamat pada jam 2.15 petang.

Baca Juga: 7 tahun berkahwin, ibu usia 23 tahun maut ketika IVF anak kedua

Baca Juga: Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda