Hanya pegang tangan berjalan di tasik – ‘Atok’ Squid Game nafi buat hal tak senonoh

  • Post author:

“Saya hanya memegang tangan wanita itu untuk memimpinnya berjalan di sekitar tasik.”

Itu kata pelakon siri Netflix popular Squid Game, Oh Young-soo yang ditahan atas pertuduhan melakukan perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Pelakon veteran berkenaan didakwa terlibat dalam pertuduhan menyentuh badan seorang wanita dengan tidak wajar pada tahun 2017.

Namun, aktor berusia 78 tahun itu menafikan pertuduhan tersebut melalui saluran JTBC.

“Saya memohon maaf tetapi wanita itu memberitahu dia tidak akan menimbulkan kekecohan mengenai perkara tersebut.

“Ini tidak bermakna saya akan mengakui pertuduhan yang telah dibuat ke atas saya,” ujarnya.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan tersebut daripada mangsa pada Disember 2021 dan menghantar dokumen berkaitan dengan kenyataan pendakwa kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi pada Februari lalu.

Baca juga Waris Mahsuri bertandang ke Langkawi lagi 

Baca juga Anwar pakai capal – Apa kata Pekeliling Perkhidmatan?